Domain Objektif Kognitif dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sebagai Penentu Pencapaian Murid
Api yang marak menyala bermula dengan percikan api kecil. Tindakan yang kecil menghasilkan kesan yang besar. Usaha yang tinggi, pasti membuahkan hasil. Apa yang disemai, itulah yang akan dituai. Maka, jangan pernah mengalah. Teruskan Berusaha ! Gagal sekali tidak bermakna akan gagal selamanya.
Pencapaian murid dapat ditentukan dengan adanya komponen-komponen tertentu yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Domain Objektif dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah antara komponen yang penting bagi menentu pencapaian murid. Dua aspek ini juga berperanan penting bagi memastikan matlamat dan objektif kurikulum atau pengajaran tercapai dengan jayanya.
DOMAIN OBJEKTIF
Tiga jenis domain yang terkandung dalam Domain Objektif iaitu:
"Mengapa Domain Kognitif dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi menjadi Penentu Pencapaian Murid?"
Apa itu Domain Kognitif ?
Berikut merupakan jadual berkenaan dengan aras dalam Domain Kognitif:
|
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Baru yang menetapkan kemahiran berfikir sebagai salah satu dari enam ciri utama yang perlu ada pada setiap murid untuk bersaing ke peringkat global (PPPM, 2013-2025). Salah satu kemahiran berfikir yang terkandung dalam Kemahiran Berfikir adalah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi, menganalisis, menilai hingga mencipta. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dikategorikan sebagai pembelajaran sepanjang hayat kerana kepentingannya terhadap perkembangan generasi muda. Inisiatif pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah satu usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melahirkan insan yang seimbang dan
bertanggungjawab terhadap kemakmuran negara. Pemupukan dan pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat
membantu murid melakukan operasi pemikiran seperti membuat analisis dan inferensi yang
seterusnya dapat meningkatkan kefahaman serta meningkatkan prestasi pencapaian murid.
Berikut merupakan enam (6) tahap pemikiran yang terkandung dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) iaitu:
Mengingat | Mengingat semula maklumat, fakta atau konsep |
Memahami | Mengingat semula maklumat dan boleh menjelaskan idea dan konsep |
Mengaplikasi | Menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara |
Menganalisis | Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan |
Menilai | Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta memberi justifikasi |
Mencipta | Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif |
Keenam-enam tahap pemikiran ini berperanan besar dalam meningkatkan perkembangan murid secara menyeluruh. Bagi mencapai kecemerlangan dan memperbaiki kelemahan diri, murid-murid hendaklah mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai secara teratur dalam kehidupan. Hal ini kerana , apabila murid-murid mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam hidup sudah pasti secara tidak langsung mereka akan mampu menghadapi cabaran dan berani mengambil risiko
untuk mencuba melakukan dan menyelesaikan perkara yang baharu. Pemupukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mendorong murid untuk membuat
kesimpulan berdasarkan logik, mempunyai bukti berasaskan bacaan dan penyelidikan yang
dibuat agar apa yang disimpulkan itu rasional dan boleh diterima umum.
Berdasarkan Taksonomi Bloom (Revised Bloom), tahap kognitif aras tinggi merangkumi empat domain iaitu aplikasi, analisis, penilaian dan reka cipta (Anderson, Krathwohl et al., 2001). Keempat-empat domain kognitif ini memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Oleh itu, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Domain Kognitif saling berkait antara satu sama lain untuk memastikan pencapian murid berada di tahap terbaik.
Terima Kasih 😊
Comments
Post a Comment