Kepentingan dan Pelaksanaan Refleksi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

            

             " The more reflective you are,

                               the more effective you are"                                                                                                           - Hall & Simeral


Pengenalan

   
    Merujuk kepada perkataan refleksi, ianya melambangkan suatu proses yang penting dalam kitaran pembelajaran bagi kemajuankerja keguruan. Segala sesuatu yang telah dialami oleh guru sepanjang mereka mula mencurahkan ilmu amatlah berharga dan boleh dikongsikan bersama para pendidik yang lain agar memberi manfaat bersama. Pengalaman ini boleh dijadikan pengajaran atau pedoman yang bermakna kepada para guru apabila wujudnya kaedah yang sistematik dalam refleksi. 






Definisi Refleksi

    Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, refleksi membawa maksud bayangan, gambaran dalam cerminan, pemikiran dan lain-lain mengenai sesuatu perkara serta keadaan. Apabila diteliti perkataan refleksi, ianya membawa maksud yang pelbagai menurut ahli akademik yang tertentu. Schon (1982) berpendapat bahawa amalan refleksi ini menerangkan pengalaman dalam minda apabila menggunakan teori yang berubah menjadi praktikal. Secara umumnya, refleksi adalah pengalaman hidup peribadi seseorang itu. Selain itu Dewey (1993) berpendapat bahawa refleksi merupakan cara khas dalam menyelesaikan masalah. Ianya merupakan proses kongnitif aktif secara sedar untuk menyelesaikan masalah praktik. Akhir sekali, Hanipah (2004) berpendapat bahawa refleksi adalah salah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan dan keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan. Satu proses menganalisis, merenung dan mencari alasan seterusnya membuat cadangan dan tindakan unuk memperbaiki diri secara berterusan. Apabila dikaitkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, ianya merupakan asbab bagi seseorang pengajar ataupun pendidik membuat penambahbaikan bagi membaiki kelemahan tertentu untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan.




Kepentingan Menulis Refleksi

Perjalanan pembelajaran dan pengajaran yang sempurna amatlah penting bagi memberi pengalaman pembelajaran yang berkesan kepada murid-murid. Penulisan Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap perlulah disediakan oleh guru untuk meneliti kelebihan dan kelemahan murid di setiap sesi pembelajaran yang berlangsung. Oleh itu, penulisan refleksi bagi memastikan penambahbaikan dalam setiap pengajaran amatlah penting demi membantu murid. Terdapat beberapa kepentingan daripada penulisan refleksi dalam rancangan pengajaran harian seperti dapat membuat penilaian kendiri, melatih berfikir secara kreatif, krisis dan analitik dan menghasilkan rancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih baik.

Pertama, dengan menulis refleksi, guru dapat membuat penilaian kendiri. Hal ini dapat membantu guru untuk menilai sejauh mana ilmu yang disampaikan oleh guru memberi kesan kepada murid. Pemerhatian melalui penilaian dalam sesuatu pembelajaran amatlah penting bagi memastikan objektif yang ingin ingin dicapai dipenuhi.  Dengan adanya penilaian, guru dapat memastikan keberkesanan cara pengajaran mereka juga. Murid-murid juga berpeluang untuk memperbaiki diri seandainya terdapat beberapa perkara yang mereka kurang mahir. Jika tidak dilakukan penilaian kendiri, kemungkinan proses pembelajaran gagal adalah besar. Sebagai contoh, guru meminta pelajar untuk menerangkan secara ringkas tentang topik yang dipelajari.

Kedua, penulisan refleksi dapat melatih guru untuk mengasah kemahiran dari pelbagai sudut  seperti  kreatif, krisis dan analitik. Seperti yang kita sedia maklum, tidak semestinya semua yang kita rancang akan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Sudah pasti ada kurangnya di mana-mana kerana khilafnya.  Maka, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab terhadap murid-muridnya, kita mestilah menyediakan cara alternatif yang lain bagi membolehkan pelajar yang kurang mahir atau lemah dalam pembelajaran tersebut mendapat input yang sama seperti  individu yang lain. Sebagai contoh, guru menyediakan karangan pendek dan latihan yang lebih mudah difahami istilah dan bahasanya untuk beberapa murid yang lemah. Penjelasan terhadap setiap perkataan juga diberikan. Usaha guru dalam memastikan murid-muridnya mendapat pengetahuan ini amatlah besar dan mulia.ilmu yang dipelajari amatlah bermakna dalam membantu mereka maju dalam pelajaran.

Seterusnya, kepentingan menulis refleksi adalah untuk menghasilkan rancangan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang baik. Demi memperoleh proses pembelajaran yang berkesan dan sempurna, penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mestilah mempunyai kaitan diantara setiap perkembangannya dari set induksi sehinggalah penutup. Hasil refleksi pengajaran dan pembelajaran sudah pasti memuaskan jika diikut satu persatu. Guru juga boleh merujuk kepada pemikiran secara langsung mengenai apa yang dilakukan oleh guru ketika mereka mengajar berasaskan teori yang dipelajari.

Mafhumnya, dengan adanya penulisan refleksi, pelbagai kebaikan dan pembaikpulih boleh dilakukan untuk memastikan sesi pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar. Secara tidak langsung, hal ini dapat membantu meningkatkan prestasi murid dan guru sepanjang proses ini berlaku.   



Ciri-Ciri Refleksi

Memahami ciri-ciri amalan reflkesi akan memberi guru-guru asas yang baik tentang proses refleksi seperti berikut: 






Kaedah-kaedah Refleksi

Terdapat beberapa model untuk menjalankan refleksi. Contohnya, model tiga langkah iaitu rancang, buat dan nilai seperti yang dicadangkan oleh Greenway (1988) boleh digunakan untuk menjalankan refleksi dalam sistem sekolah.


Menurut Johnson (1998), proses refleksi boleh dijalankan dalam enam tahap;

 (i) Tahap Pemahaman

Guru-guru mesti memahami konsep pefagogi atau teori yang digunakan dalam bilik darjah. Contohnya, Guru memahami teknik dan kaedah kumpulan koperatif sebagai satu strategi pengajaran.

 

(ii) Tahap Transformasi

Selain itu, guru akan melaksanakan pengajaran dengan menggunakan suatu konsep atau prinsip di dalam kelas.Contohnya, guru akan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan menjelaskan langkah-langkah kaedah koperatif secara terperinci.


(iii) Tahap Pelaksanaan

Di tahap ini, guru akan menjalankan sesi pengajaran dengan melaksanakansegala langkah dan prosedur yang disarankan dalam kaedah koperatif. Guru juga akan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil untuk menyeleasikan masalah pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.


(iv) Tahap Penilaian

Guru menilai pelaksanaan setiap langkah kaedah koperatif dengan mengingati kembali pelajaran yang disampaikan. Beliau juga akan mencatat dalam jurnalnya mengenai prosedut yang diambil semasa melaksanakan kaedah koperatif dahn menilai pencapaian setiap pelaksaan yang diambil dalam kaedah pengajaran sewaktu di bilik darjah.

 (v) Tahap Refleksi

Bukan itu sahaja, guru perlulah bertanyakan kepada diri sendiri tentang pengajaran yang dijalankan serta merujuk catatan sebelumnya unutk mengimbas kembali respond an emosi pelajar sewaktu beliau menggunakan kaedah koperatif semasa melaksanakan pengajarannya.

(vi) Tahap Pemahaman Baru

Dalam tahap ini, dengan menggunakan kaedah koperatif, guru mendapat pengertian baru daripada pengalamam pengajaran. Beliau akan menerapkan kaedah koperatif bagi membaiki rancangan pelajaran harian untuk mengatasi segala kelemahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah ini.


Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Merancang Pengajaran Sebagai Penentu Keberhasilan Guru dan Kemenjadian Murid