Posts

Kepentingan dan Pelaksanaan Refleksi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Image
                              " The more reflective you are,                                the more effective you are"                                                                                                             - Hall & Simeral Pengenalan           Merujuk kepada perkataan refleksi, ianya melambangkan suatu proses yang penting dalam kitaran pembelajaran bagi kemajuankerja keguruan. Segala sesuatu yang telah dialami oleh guru sepanjang mereka mula mencurahkan ilmu amatlah berharga dan boleh dikongsikan bersama ...

Kepentingan Merancang Pengajaran Sebagai Penentu Keberhasilan Guru dan Kemenjadian Murid

Image
         Pengenalan Rancangan Pengajaran Apa itu rancangan pengajaran? rancangan pengajaran merupakan rangka kerja yang disediakan oleh guru sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berdasarkan jangka masa yang ditetapkan di dalam sesebuah perancangan. Selain itu, rancangan pengajaran juga merujuk kepada pelan tindakan untuk suatu program pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh guru berpandukan sukatan mata pelajaran yang akan diajar oleh guru untuk tahun dan penggal tertentu. Oleh itu, dokumen rasmi yang diwartakan yang dikenali sebagai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) telah dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadi rujukan dan garis panduan kepada guru dalam melaksanakan pengajaran. Merujuk Akta Pendidikan 1996, seseorang guru hendaklah mengajar mengikut Sukatan Pelajaran/Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang diluluskan oleh Menteri Pendidika...

Hubungankait Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Kebangsaan dan Pengajaran dan Pembelajaran

Image
Hubungankait Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Kebangsaan dan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Di Malaysia, keseluruhan sistem pendidikan negara dibentuk berdasarkan suatu penyataan falsafah yang dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan satu dasar yang dirumus secara komprehensif dan holistik. Dengan kewujudan FPK, sistem pendidikan negara telah berganjak ke arah yang lebih sistematik dengan pengungkapan secara jelas soal prinsip dan nilai asas pendidikan negara, bermula dari peringkat paling rendah menuju ke peringkat tertinggi iaitu universiti. Jelasnya, FPK menjadi tunjang kepada...