Hubungankait Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Kebangsaan dan Pengajaran dan Pembelajaran

Hubungankait Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Kebangsaan dan Pengajaran dan Pembelajaran

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Di Malaysia, keseluruhan sistem pendidikan negara dibentuk berdasarkan suatu penyataan falsafah yang dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992). Penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan satu dasar yang dirumus secara komprehensif dan holistik. Dengan kewujudan FPK, sistem pendidikan negara telah berganjak ke arah yang lebih sistematik dengan pengungkapan secara jelas soal prinsip dan nilai asas pendidikan negara, bermula dari peringkat paling rendah menuju ke peringkat tertinggi iaitu universiti. Jelasnya, FPK menjadi tunjang kepada segala proses dan aktiviti pendidikan negara.

HUBUNGKAIT ANTARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DENGAN KURIKULUM KEBANGSAAN

            Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan asas kepada pembentukan kurikulum pendidikan di Malaysia. Perkaitan antara falsafah dan kurikulum adalah dimana kurikulum merupakan terjemahan falsafah pendidikan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tidak mempunyai asas. Hala tuju kurikulum adalah bergantung kepada falsafah pendidikan. Di dalam FPK, terdapatnya kurikulum kebangsaan dimana:

Tiga pecahan Kurikulum Kebangsaan mengikut kepada tahap pendidikan di Malaysia iaitu:

1) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) – merujuk kepada pendidikan bagi murid-murid umur 4 hingga 6.

2) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) – merujuk kepada kurikulum rasmi secara menyeluruh di semua sekolah rendah.

3) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) - merujuk kepada kurikulum rasmi secara menyeluruh di semua sekolah menengah.

    Kurikulum Kebangsaan juga dikenali sebagai kurikulum ideal atau kurikulum rasmi yang telah sempurna dibentuk oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengandungi ciri-ciri ideal dari segi matlamat, pelaksanaan dan penilaian. Kurikulum ini diangkat sebagai kurikulum rasmi negara Malaysia setelah diterima dan dilaksanakan terhadap sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

HUBUNGKAIT KURIKULUM KEBANGSAAN DENGAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Kurikulum Kebangsaan telah menjadi teras kepada sistem pendidikan di negara kita. Berdasarkan Kurikulum Kebangsaan ini, pihak sekolah akan membentuk kurikulum sekolah dimana segala perancangan pendidikan yang dikendalikan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Sekolah meliputi bahagian Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) serta segala kegiatan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Seterusnya, kurikulum sekolah juga meliputi bahagian kegiatan pendidikan luar bilik darjah iaitu kokurikulum seperti kegiatan sukan, persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain. Melalui RPT dan RPH, setiap guru di sekolah boleh merangka sesi pengajaran dan pembelajaran yang meliputi kesemua aspek yang dituntut dalam FPK demi memastikan murid-murid menerima pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu.

Secara kesimpulan, kejayaan hubungkait antara matlamat pendidikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Kebangsaan serta Pengajaran dan Pembelajaran bergantung kepada perancangan, pemantauan dan penilaian yang dilaksanakan secara berterusan. Pelaksanaan pembelajaran yang sempurna dalam sistem pendidikan mampu untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berintegriti. Oleh demikian, diharapkan agar implementasi Kurikulum Kebangsaan dapat memberi impak yang positif kepada seluruh sekolah di Malaysia untuk merangka dan membentuk kurikulum sekolah yang menyeluruh bagi melahirkan murid atau modal insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya perancangan pendidikan bagi memastikan setiap anak bangsa menerima pendidikan yang sewajarnya.

"Pendidikan adalah senjata dan kekuatan untuk mengubah dunia"- Nelson Mandela


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kepentingan dan Pelaksanaan Refleksi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Kepentingan Merancang Pengajaran Sebagai Penentu Keberhasilan Guru dan Kemenjadian Murid